KUCHING, 7 Mac: Esok genap lapan tahun dunia cuba merungkai misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal.
Berikut merupakan kronologi perkembangan operasi mencari pesawat Malaysia Airlines MH370 yang dimulakan pada 8 Mac 2014 yang lalu.
8 Mac 2014: Pesawat Malaysia Airlines MH370 berlepas dari lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur pada jam 12.41 pagi menuju ke Beijing, China. Pesawat tersebut hilang dari radar 40 minit selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur KLIA dan operasi mencari dan menyelamat telah dijalankan di laut China Selatan beberapa jam selepas itu.
9 Mac 2014 : Lokasi pencarian diperluaskan ke Selat Melaka selepas disahkan pesawat tersebut melencong ke arah bertentangan.
15 Mac 2014: Inmarsat telah mengesahkan MH370 masih terbang 7 jam selepas ia terputus hubungan. Syarikat penerbangan tersebut mengesahkan kedudukan terakhir MH370 yang diketahui.
Perdana Menteri ketika itu Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kali terakhir pesawat itu berkomunikasi dengan satelit yang mungkin datang dari satu daripada dua koridor, Koridor Utara sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan ke utara Thailand atau koridor selatan, dari Indonesia ke selatan Lautan Hindi.
18 Mac 2014: Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) memulakan pencarian pesawat MH370 di Selatan Lautan Hindi hampir sebulan sehingga 16 April 2014.
1 April 2014 : Kerajaan Australia melancarkan Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) untuk menjalankan operasi mencari MH370.
Kementerian Pengangkutan mengeluarkan transkrip penuh perbualan antara juruterbang MH370 dan pengawal trafik udara, tiada sebarang kelainan ditemui.
4 April 2014 : JACC berkata pencarian MH370 memasuki fasa baharu dengan pencarian dilakukan di dasar laut di selatan Lautan Hindi bagi mengesan isyarat dari kotak hitam MH370.
28 April 2014: Pencarian udara ditamatkan selepas gagal menemukan sebarang serpihan di lautan seluas 4.6 juta km persegi itu.
28 Ogos 2014: Menteri Pengangkutan ketika itu Datuk Seri Liow Tiong Lai mengumumkan bahawa Australia dan Malaysia menanggung kos misi pencarian fasa baharu yang dianggarkan berjumlah RM153.28 juta.
21 Oktober 2014 : Kapal kontrak Malaysia “Go Phoenix” menyertai operasi pencarian bersama Fugro Discovery dan Furgro Equator.
2015
29 Jan 2015: Ketua pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) pada ketika itu, Datuk Azharuddin Abdul Rahman secara rasmi mengisytiharkan MH370 sebagai kemalangan dan berkata kesemua 239 orang di dalam pesawat itu dianggap mati.
25 Feb 2015: Malaysia berbincang dengan China mengenai potensi jumlah bot pencarian MH370. Operasi SAR MH370 diteruskan di kawasan terpencil di Lautan Hindi, meliputi lebih 24,000 kilometer persegi yang menyamai kira-kira 40 peratus daripada kawasan pencarian utama, kata JACC.
8 Mac 2015: Perdana Menteri Australia ketika itu Tony Abbott menggandakan kawasan pencarian di bawah air kepada 120,000 km persegi. Saudara-mara penumpang China yang terkorban membantah di luar tembok kedutaan Malaysia di Beijing.
18 Jun 2015: Menteri Pengangkutan ketika itu, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata Malaysia akan meneruskan fasa kedua misi pencarian MH370 dengan hanya dua kapal yang melakukan perjalanan ke kawasan terpencil di Lautan Hindi. Fasa pertama meliputi lebih 52,000 kilometer persegi yang disiapkan pada bulan yang sama.
29 Julai 2015: Bahagian sayap yang dikenali sebagai “Flaperon” ditemui di Pulau Reunion, Timur Madagascar, adalah bahagian pertama pesawat terbabit yang ditemui. Airbus mengesahkan kepingan itu adalah sebahagian daripada MH370. Sejak itu, 27 keping telah ditemui di Afrika Selatan, Mozambique, Madagascar dan Tanzania.
2016
22 Julai 2016: Malaysia, China dan Australia memutuskan untuk menangguhkan operasi mencari MH370 apabila pencarian di kawasan seluas 120,000 kilometer persegi selesai.
28 Julai 2016: Data dari “flight simulator” Kapten Zaharie Ahmad Shah yang mana penerbangan tidak menunjukkan sebarang petunjuk dan menamatkan terus spekulasi mengenai pembunuhan beramai-ramai.
Bagaimanapun, pegawai di Kuala Lumpur mengisytiharkan bahawa polis Malaysia dan pakar teknikal FBI tidak menemui apa-apa yang menunjukkan dia merancang untuk merampas penerbangan itu selepas memeriksa simulator penerbangannya dengan teliti.
16 September 2016: Dua daripada 24 serpihan pesawat yang ditemui di Afrika Selatan, Mozambique, Mauritius dan Tanzania disahkan selain daripada MH370.
2 November 2016 : Biro Keselamatan Pengangkutan Australia ATSB menerbitkan MH370 – Kajian Prinsip Pertama.
20 Dis 2016: ATSB berkata MH370 tidak mungkin berada di kawasan pencarian awal seluas 120,000 km persegi, ia lebih berkemungkinan berada di kawasan utara.
2017
17 Jan 2017: Operasi mencari MH370 di dasar laut di Lautan Hindi digantung, menurut kenyataan tiga pihak iaitu Malaysia, Australia dan China.
19 Jan 2017: Malaysia menawarkan ganjaran wang tunai kepada pihak swasta untuk ‘maklumat atau bukti penting’ mengenai lokasi serpihan.
21 April 2017: CSIRO mengeluarkan laporan mengatakan kemungkinan lokasi jet tersebut di kawasan baharu seluas 25,000 km persegi, dan utara kawasan carian asal 120,000 km persegi.
3 Oktober 2017 : ATSB menerbitkan Laporan Akhir bertajuk The Operational Search for MH370.
2018
3 Januari 2018: Pencarian disambung semula selepas Malaysia mengadakan perjanjian ‘no find, no fee’ dengan syarikat AS Ocean Infinity, dengan tawaran sehingga $70 juta jika serpihan ditemui.
3 Mac 2018: Malaysia berkata pencarian baharu mungkin akan berakhir pada Jun.
8 Jun 2018 : Ocean Infinity menamatkan Pencarian Bawah Air untuk MH370.
28 Jun 2018: Geosains Australia mengeluarkan data carian bawah air MH370.
30 Julai 2018: Malaysia mengeluarkan laporan penyiasatan keselamatan untuk syarikat penerbangan Malaysia Boeing B777-200ER sebagai penutupan kepada misteri penerbangan itu tetapi menyatakan pencarian mungkin disambung semula dan ia tidak boleh menjadi laporan akhir sehingga bangkai pesawat tersebut ditemui.
20 Ogos 2018: Serpihan panel MH370 ditemui di Madagascar oleh Nelayan.
2019- sekarang
3 Mac 2019: Menteri Pengangkutan Malaysia berkata carian akan disambung semula jika syarikat bebas berminat dan mencari data sah mengenai kehilangan pesawat itu.
7 Mac 2020: Richard Godfrey (bersama Bobby Ulich, Victor Ianello, dan Andrew Banks) menerbitkan artikel ‘Tempat Rehat Terakhir MH370’.
1 Januari 2021: Richard Godfrey menerbitkan artikel ‘Serpihan Terapung MH370’ – Analisis Drift.
22 Mac 2021: Dr. Robert Westphal menerbitkan Geocaching dalam Ionosfera – Teknologi WSPRnet.
9 September 2021: Richard Godfrey menerbitkan Analisis Teknikal Penyebaran WSPRnet.
30 November 2021: Richard Godfrey menerbitkan laporannya mengenai lokasi MH370.
17 Februari 2022: Biro Keselamatan Pengangkutan Australia mengakui penemuan Richard Godfrey dan menugaskan Geosains Australia untuk pengesahan. Semakan muktamad kertas itu akan dikeluarkan kepada orang ramai dalam beberapa minggu akan datang.
22 Februari 2022: Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ir Dr Wee Ka Siong, percaya Malaysia tidak boleh bertindak secara unilateral dalam usaha mencari pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370 yang hilang walaupun terdapat dakwaan petunjuk baharu mengenai lokasi pesawat itu berdasarkan dokumen penyelidikan oleh Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB). -TVS