Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kompleks Sukan Spaoh di Betong yang bernilai RM14 juta dijangka siap dan boleh digunakan awal bulan depan.
Kompleks Sukan Spaoh di Betong yang bernilai RM14 juta dijangka siap dan boleh digunakan awal bulan depan.

Kompleks Sukan Spaoh dijangka siap bulan depan – Uggah

Gambar kredit Utusan Borneo

KUCHING, 6 Mac : Pembinaan Kompleks Sukan Spaoh di Betong yang bernilai RM14 juta kini hampir siap dan dijangka boleh digunakan awal bulan depan.

Timbalan Premier, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, pihak kontraktor kini sedang melaksanakan kerja-kerja akhir di kompleks berkenaan yang mempunyai kemudahan stadium terbuka dan tertutup.

“Stadium tertutup dengan dewan pelbagai guna dan sistem penyaman udara sepenuhnya mempunyai empat gelanggang badminton, tempat duduk penonton dan pentas.

Ia juga boleh memuatkan 150 meja jika digunakan sebagai venue makan malam,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Douglas Uggah berkata, kemudahan di stadium terbuka pula termasuklah trek larian sintetik sepenuhnya, sebuah padang bola sepak, grandstan dan bilik persalinan.

Sementara itu , beliau turut memberitahu, bangunan Pasar Spaoh baharu bernilai RM5 juta pula kini sedang giat dibina dan dijangka boleh digunakan pada Julai ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan