Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seludup diesel ke Filipina
Seludup diesel ke Filipina

Cubaan seludup keluar 70,000 liter minyak diesel ke Filipina dipatahkan

SEMPORNA, 6 Mac : Pasukan keselamatan negara berjaya mematahkan cubaan menyeludup keluar 70,000 liter minyak diesel bernilai RM150 000 ke Filipina, petang semalam.

Komander Angkatan Tugas Bersama 2 (ATB2), Brigadier Jeneral Abdul Karim Ahmad berkata, operasi itu dilancarkan selepas radar Coastal Surveillance System (CSS) mengesan sebuah kapal kargo yang sedang belayar dalam keadaan mencurigakan.

Katanya, ketika itu kapal berkenaan bergerak keluar dari kawasan perairan Malaysia di barat daya Pulau Bohayen menuju ke Filipina.

” ATB 2 kemudian menugaskan bot Viper 04 bersama Tim Quick Reaction Force (QRF) untuk memintas kapal berkenaan.

Pemeriksaan yang dilakukan mendapati lima lelaki tempatan mengendalikan kapal berkenaan tidak mempunyai sebarang dokumen yang sah untuk membawa keluar bekalan minyak diesel,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Menurut Abdul Karim, kapal kargo itu ditahan kerana disyaki melakukan aktiviti penyeludupan minyak yang melanggar Akta Kawalan Bekalan 1961.

“Nilai keseluruhan rampasan termasuk kapal kargo itu dianggarkan mencecah RM650 000,” katanya.

Beliau memberitahu, kesemua lelaki yang berusia dalam lingkungan 31 hingga 54 tahun itu diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Semporna untuk siasatan.

“Barang rampasan pula diserahkan kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) bagi tindakan lanjut,”katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan