Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Banjir Kelantan : 1, 437 orang berada di lima PPS

Banjir Kelantan : 1, 437 orang berada di lima PPS

ByBernama

KOTA BHARU, 6 Mac : Jumlah mangsa banjir di Kelantan berkurangan kepada 1,437 orang daripada 414 keluarga pagi ini berbanding 1,879 orang daripada 544 keluarga malam tadi.

Berdasarkan portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), setakat 8 pagi, kesemua mereka  ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara (PPS) di Pasir Mas dan sebuah PPS di Tumpat.

Kesemuanya terdiri daripada 485 lelaki, 495 wanita, 208 kanak-kanak lelaki dan 238 kanak-kanak perempuan serta 11 bayi.

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melalui laman sesawangnya pula melaporkan, semua sungai utama di negeri itu kini berada pada paras biasa.

Sementara itu, Tenaga Nasional Berhad (TNB) memaklumkan tiga kawasan di Kelantan masih belum menerima bekalan elektrik berikutan ditutup semasa bencana itu.

Kawasan terlibat ialah Pulau Dolah di Tumpat dan Jabatan Pengairan dan Saliran Pengkalan Rakit serta Jabatan Pengairan dan Saliran Bakat 2 di Pasir Mas.

— TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan