KUCHING, 6 Mac : Seramai 700 murid dari 40 buah sekolah rendah di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Repok menerima bantuan peralatan dan kelengkapan sekolah.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok, Dato Sri Huang Tiong Sii berkata, bantuan tersebut disalurkan secara berperingkat kepada murid dari keluarga yang kurang berkemampuan.
“Bantuan ini merupakan inisiatif saya untuk meringankan beban yang ditanggung oleh ibu bapa di sini.
Selain itu, saya mahu meningkatkan prestasi akademik pelajar di kawasan Repok dan percaya mereka mampu cemerlang,” katanya di sini hari ini.
Pada masa sama, Tiong Sii menasihatkan murid- murid di situ supaya tidak menjadikan kesusahan sebagai penghalang untuk berjaya.
” Kesukaran harus menjadi pencetus semangat bagi membuktikan mereka juga boleh berjaya meskipun berdepan pelbagai cabaran,” katanya.-TVS