Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pusat Hemodialisis Sacred Hope mendakwa jumlah kematian akibat penyakit buah pinggang di Sarawak pada 2020 mencecah sekitar 200 hingga 250 orang.
Pusat Hemodialisis Sacred Hope mendakwa jumlah kematian akibat penyakit buah pinggang di Sarawak pada 2020 mencecah sekitar 200 hingga 250 orang.

200 hingga 250 kematian akibat penyakit buah pinggang di Sarawak pada 2020

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

KUCHING, 6 Mac : Pusat Hemodialisis Sacred Hope mendakwa jumlah kematian akibat penyakit buah pinggang di Sarawak pada 2020 mencecah sekitar 200 hingga 250 orang.

Pakar di pusat berkenaan, Dr. Lowell Chai berkata, situasi berkenaan amat membimbangkan dan memerlukan tindakan segera.

” Berikutan itu, Sacred Hope Kuching yang terlibat secara langsung dengan rawatan terhadap pesakit perlu sebarkan maklumat kepada masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian pusat berkenaan di sini hari ini.

Yang turut hadir, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan, Datuk Wee Hong Seng.

Susulan statistik membimbangkan itu, Dr. Lowell menasihatkan masyarakat agar mengamalkan gaya hidup sihat serta peka dengan bahaya obesiti yang boleh menjejaskan kesihatan buah pinggan.

” Penyakit berkenaan mampu dicegah melalui pendidikan dan kesedaran tentang kesihatan.

Ini termasuklah mengambil makanan berkhasiat dan bersukan,” katanya.

Sementara itu, Hong Seng menggesa orang ramai untuk menyalurkan bantuan kepada pusat hemodialisis berkenaan.

“Bantuan daripada orang ramai membolehkan pusat rawatan ini terus beroperasi dan pesakit yang kurang berkemampuan boleh mendapatkan rawatan di sini,” katanya.

Hong Seng berkata, beliau difahamkan, pesakit buah perlu ke pusat dialisis tiga kali seminggu, empat jam setiap sesi dan ia membebankan bagi mereka yang tidak berkemampuan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan