Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Karnival Kerjaya Wanita di Miri tawar 1,000 peluang pekerjaan.
Karnival Kerjaya Wanita di Miri tawar 1,000 peluang pekerjaan.

1,000 peluang pekerjaan untuk wanita di Miri

KUCHING, 6 Mac : Karnival Kerjaya Wanita Sarawak yang berlangsung selama dua hari bermula semalam di Miri menawarkan 1,000 peluang pekerjaan khusus untuk golongan berkenaan.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Masyarakat 1 negeri, Datuk Rosey Yunus berkata, karnival berkenaan dianjurkan oleh Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak sempena sambutan Hari Wanita 2022.

Ujarnya, kerajaan negeri bekerjasama dengan rakan strategik menganjurkan karnival berkenaan untuk membantu golongan wanita di Miri yang terkesan akibat pandemik COVID-19.

” Setakat ini saya difahamkan, seramai 30 wanita telah mendapat pekerjaan, 10 orang akan menghadiri temu duga manakala seramai 40 wanita telah berjaya mendaftarkan diri dalam laman web My Future Job yang dikendalikan oleh Kementerian Sumber Manusia,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir program berkenaan di Bintang Megamall di sini semalam.

Mengulas lanjut, Rosey berkata, karnival berkenaan disertai oleh 17 agensi, 11 majikan serta sebanyak 30 ruang pameran turut dibuka.

“Kita berharap agar masyarakat di sini dan kawasan sekitarnya dapat mengambil peluang dan memanfaatkan penganjuran karnival ini khususnya pada kalangan wanita yang sedang mencari pekerjaan,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan