Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
]Malaysia terima ubat anti viral
]Malaysia terima ubat anti viral

TERKINI: Malaysia terima ubat anti viral COVID-19 dua minggu lagi – Khairy

ByFirdaus Ismail

KUCHING, 5 Mac: Malaysia akan menerima ubat anti viral dalam tempoh dua minggu lagi susulan selesai memuktamadkan perjanjian pembelian dengan syarikat pengeluar, Pfizer baru-baru ini.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, sebagai permulaan, kerajaan telah membuat tempahan ubat berkenaan untuk kegunaan 110,000 pesakit COVID-19.

“Saya sudah tanda tangani perjanjian dengan Pfizer bulan lepas.

Ubat ini akan diberikan kepada mereka yang berisiko tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Persidangan Dialisis Tahunan di ibu negara hari ini.

Menurut Khairy, sekiranya penggunaan ubat berkenaan berkesan, Kementerian Kesihatan (KKM) dijangka akan membuat pembelian tambahan.

Sementara itu, beliau turut memberitahu, kerajaan sedang mengkaji untuk membeli tambahan dua jenis ubat anti viral lagi untuk kegunaan pesakit COVID-19.

Satu daripada Pfizer dan satu lagi Astra Zeneca,” jelasnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan