Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
DATUK SERI ISMAIL SABRI YAAKOB
JOHOR BAHRU, 5 Mac -- Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berucap pada Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) di Dataran Angsana hari ini. --fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA

Sempadan negara akan dibuka semula – Perdana Menteri

JOHOR BAHRU, 5 Mac : Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengesahkan bahawa sempadan negara akan dibuka semula tidak lama lagi dan langkah ini membolehkan ahli Keluarga Malaysia yang sudah lama tidak bersua muka dapat pulang terutama ketika Aidilfitri pada Mei nanti. 

Beliau berkata bagi membolehkan pergerakan keluar masuk antara Brunei dan Thailand, kerajaan juga sedang dalam proses melaksanakan Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) darat bersama kedua-dua negara.

Berucap merasmikan pelancaran siri pertama Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) di Dataran Angsana di sini hari ini, Ismail Sabri berkata langkah itu sebagai menambah laluan VTL sedia ada melibatkan Singapura dan Indonesia yang masih dalam perancangan. 

“Bagi merancakkan semula kegiatan ekonomi dan pelancongan khususnya di Johor, Kerajaan Persekutuan melaksanakan skim VTL udara dan darat dengan Singapura mulai 21 Jan lepas bagi memudahkan urusan pertemuan semula keluarga yang terpisah akibat pandemik COVID-19.

“Saya difahamkan seramai 200,000 rakyat Malaysia berulang-alik antara Singapura dan Johor. Mereka tidak perlu lagi menjalani kuarantin wajib di rumah kerana telah melaksanakan ujian saringan kesihatan sebanyak dua kali iaitu semasa bertolak dari negara luar dan semasa ketibaan di Malaysia,” katanya.

Hari ini, media melaporkan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin memaklumkan Perdana Menteri dijangka mengumumkan tarikh pembukaan sempadan negara pada minggu depan. 

Menurut Khairy, mesyuarat Kabinet semalam sudah mencapai kata sepakat mengenai pembukaan sempadan negara dan kini menunggu hal itu diumumkan oleh Perdana Menteri. 

Sementara itu, Ismail Sabri yang berkunjung ke reruai Kementerian Tenaga, Sains dan Inovasi (MOSTI) bersempena Jelajah AKM turut berkesempatan melancarkan kibar mula Malaysia Techlympics 2022. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan