Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sarawak United FC ikat Pulau Pinang FC 1-1
Sarawak United FC ikat Pulau Pinang FC 1-1

Sarawak United FC gagal raih mata perlawanan pertama Liga Super 2022

Foto Ahmad Nasrullah

KUCHING, 4 Mac: Semangat melawan yang ditunjukkan barisan pemain Sarawak United FC dalam 10 minit terakhir belum mampu untuk menyelamatkan skuad berkenaan mencatat kekalahan dalam aksi pertama Liga Super 2022 musim.

Beraksi di hadapan hampir 2,000 penyokong di Stadium Negeri, skuad kendalian B. Sathianathan dilihat bermula agak perlahan pada separuh masa pertama.

Kedah Darul Aman FC sebaliknya bijak memanfaatkan peluang apabila menghukum kesilapan tuan rumah.

Berpunca daripada tandukan Jang Suk Won yang terkena tiang, penyerang import Kedah Ronald Ngah yang ‘mengambil alih’ bola berjaya mencipta jaringan untuk pelawat pada minit ke-15.

Memasuki separuh masa kedua pula, ketumpulan jentera serangan Sarawak United jelas membantutkan hasrat untuk mencari gol penyamaan.

Sarawak mendapat peluang terbaik menerusi Uche Agba pada minit ke-73 namun tolakannya ke arah pintu gol berjaya dihalang barisan pertahan Kedah.

Keputusan 1-0 itu kekal hingga wisel penamat.

Skuad Kenyalang Emas akan terbang ke Iskandar Puteri selepas ini bagi berdepan juara bertahan Liga Super, JDT. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan