Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
SIBU, 19 Ogos : Seorang lelaki di sini kerugian lebih RM24 000 selepas terpedaya dengan sindiket menjual kereta secara dalam talian yang tidak wujud.

Peniaga rugi RM23,000 terpedaya beli kereta terpakai menerusi Facebook

ByBernama

KUANTAN, 5 Mac: Seorang peniaga terpaksa berputih mata apabila hasratnya untuk memiliki kenderaan jenis Toyota Vellfire tidak kesampaian, selepas terpedaya dengan penjualan kereta terpakai tidak wujud menerusi Facebook yang mengakibatkannya kerugian RM23,000 pada November lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata wanita berusia 41 tahun itu mendakwa, telah menghubungi individu yang dikenali sebagai Stacy selepas berminat memiliki kenderaan yang diiklankan menerusi laman sosial itu.

Beliau berkata suspek telah memaklumkan harga kenderaan berkenaan ialah RM80,000 dan meminta mangsa melakukan bayaran pendahuluan.

“Mangsa telah melakukan sebanyak empat transaksi yang keseluruhannya berjumlah RM23,000 kepada nombor akaun yang diberikan oleh suspek.

“Namun, setelah wanita tersebut meminta maklumat lanjut mengenai kenderaan itu, suspek memberikan pelbagai alasan yang membuatkan mangsa berasa curiga dan tertipu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, mangsa telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Temerloh semalam dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan. – TVS

Tags: Pahang

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan