KUALA LUMPUR, 5 Mac: Sebanyak 974,355 individu atau 27.4 peratus populasi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di Malaysia telah menerima dos pertama vaksin COVID-19 melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) setakat semalam.
Berdasarkan data menerusi laman web COVIDNOW, sejumlah 14,943,712 individu atau 63.5 peratus populasi dewasa pula telah menerima dos penggalak COVID-19 dan seramai 22,953,291 atau 97.6 peratus lengkap vaksinasi manakala 23,232,845 atau 98.8 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos.
Bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun, sejumlah 2,803,567 individu atau 90.1 peratus daripada kumpulan itu telah melengkapkan vaksinasi mereka manakala 2,900,616 atau 93.2 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin. – TVS