Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Insentif menanti jika Ibnuqaldoon raih kejayaan di Sukan Sea – Abang Johari

GEDONG, 5 Mac : Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg meluahkan rasa bangga dengan pencapaian anak kelahiran Kampung Lalang, Ibnuqaldoon Mohd. Syukor yang berjaya menempah slot dalam pasukan e-sukan Malaysia ke Sukan Sea Vietnam pada Mei ini.

Menurut Abang Johari, kerajaan negeri juga sentiasa memberi sokongan kepada bidang sukan di negeri ini dalam usaha melahirkan jaguh sukan di peringkat antarabangsa.

Katanya, sokongan berkenaan termasuklah pemberian insentif bagi menghargai usaha atlet-atlet Sarawak yang mengharumkan nama negeri dan negara.

“Semestinya ada insentif yang menanti kalau dia (Ibnuqaldon) berjaya dan meraih kemenangan macam Pandelela Rinong (Dato),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Sarawak X-tive 2022 di sini, hari ini.

Baru – baru ini, remaja berusia 20 tahun itu melakar sejarah sebagai rakyat Sarawak pertama yang akan membarisi pasukan e-sukan negara ke temasya dwi tahunan berkenaan.

Pengurus pasukan negara, Kelvin Pang Chin Kuen berkata, remaja berkenaan akan beraksi dalam acara free fire di Hanoi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan