Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Hutan terbakar berhampiran loji nuklear Korea Selatan Kredit: Korea Forest Service

Hutan terbakar berhampiran loji nuklear Korea Selatan

ByTVS

Kredit: Korea Forest Service

ULJIN, 5 Mac: Kerajaan Korea Selatan mengeluarkan amaran bencana alam selepas berlaku kebakaran hutan berhampiran loji nuklear Hanul di daerah pantai timur Uljin semalam, lapor Reuters.

Presiden Moon Jae-in telah mengeluarkan arahan berkenaan sebagai langkah segera untuk melindungi loji itu, yang mempunyai enam reaktor air bertekanan nuklear yang dikendalikan oleh syarikat Korea Hydro & Nuclear Power.

Rakaman udara menunjukkan asap dan api di kawasan pergunungan berhampiran.

Output untuk satu daripada enam reaktor telah dikurangkan pada petang semalam disebabkan keadaan cuaca yang tidak stabil, menurut laman web syarikat itu.

Daripada jumlah itu, lima reaktor sedang beroperasi manakala satu dalam penyelenggaraan.

Pihak berkuasa tempatan tidak menyatakan jarak sebenar kebakaran dari tapak loji itu.

Yonhap melaporkan sehingga malam tadi, kebakaran telah memusnahkan 12 buah rumah. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan