KUCHING, 5 Mac: Malaysia sekali lagi mencatatkan kes positif baharu COVID-19 tertinggi apabila sebanyak 33,209 kes direkodkan bagi tempoh 24 jam lepas.
Ini menjadikan jumlah kes kumulatif meningkat kepada 3,561,766.
Menurut portal CovidNow, sebanyak 32,768 kes merupakan kes jangkitan tempatan manakala 441 kes adalah kes import.
“Sebanyak 78 kes kematian dicatatkan semalam dengan 22 kes brought-in-dead (BID),” jelas portal berkenaan. – TVS