Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
ebabkan pesawat berkenaan terpaksa dilencongkan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, Sarawak.
laporan insiden penemuan seekor ular di dalam pesawat penerbangan AirAsia dari Kuala Lumpur ke Tawau, Sabah pada 10 Feb lepas sehingga menyebabkan pesawat berkenaan terpaksa dilencongkan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, Sarawak.

AirAsia Malaysia kenakan semula surcaj bahan api berikutan kenaikan harga minyak

KUALA LUMPUR, 5 Mac: AirAsia Malaysia akan mengenakan semula surcaj bahan api mulai 8 Mac, 2022 bagi semua penerbangan domestik dan antarabangsanya.

Menurutnya, pengenalan semula surcaj bahan api oleh AirAsia adalah untuk mengimbangi kenaikan harga bahan api yang telah melepasi US$120 setong.

“Surcaj bahan api ini akan dikenakan untuk semua tempahan penerbangan baharu yang dibuat pada dan selepas 8 Mac, 2022. Semua tempahan yang dibuat sebelum 8 Mac, 2022 tidak akan terjejas,” jelasnya dalam kenyataan pada Sabtu.

Syarikat penerbangan tambang rendah itu menambah, kadar surcaj bahan api bagi semua laluan domestik dalam Malaysia adalah RM10 manakala bagi laluan antarabangsa bertempoh satu hingga dua jam pula sebanyak RM25.

Kadar untuk laluan antarabangsa dengan masa dua hingga tiga jam; tiga hingga empat jam; dan lebih daripada empat jam masing-masing pada RM35, RM50 dan RM60, jelasnya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, Riad Asmat berkata syarikat penerbangan di seluruh dunia terjejas berikutan harga bahan api yang terus meningkat akibat keadaan di Eropah Timur serta faktor luaran lain.

“Sejak kali terakhir kami memansuhkan surcaj bahan api pada 2015 berikutan harga bahan api global serendah US$48 setong waktu itu, kami telah mengalami beberapa lonjakan harga bahan api yang menyebabkan syarikat penerbangan lain mula mengenakan surcaj ini.

“Bagaimanapun, AirAsia telah menyerap kenaikan harga bahan api yang lepas untuk terus memberikan nilai terbaik kepada pelanggan kami. Malangnya, keadaan semasa, dengan harga bahan api telah melonjak lebih 160 peratus daripada angka pada 2015, telah menjadikan situasi ini tidak lagi mampan,” katanya.

Beliau berkata pihaknya berharap langkah ini hanya sementara dan akan terus memantau keadaan semasa, di samping memanfaatkan inovasi teknologi dan digital sebagai cara untuk mengawal kos dan menjadikan perjalanan udara mampu milik untuk semua. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan