Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

KKB peroleh kontrak daripada MMHE, Lembaga Air Kuching bernilai RM23.7 juta

KUALA LUMPUR, 4 Mac: KKB Engineering Bhd (KKB) memperoleh dua kontrak daripada Malaysia Marine and Heavy Engineering Sdn Bhd (MMHE) dan Lembaga Air Kuching bernilai RM23.7 juta.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, syarikat kejuruteraan itu berkata anak syarikatnya, OceanMight Sdn Bhd memperoleh kontrak daripada MMHE bagi menyediakan peralatan dan perkhidmatan yang melibatkan kejuruteraan fabrikasi, penyeliaan, tenaga kerja, peralatan/alatan yang perlu untuk menjalankan fabrikasi cerucuk, pemuatan untuk blok SK408W di medan minyak Jerun yang terletak di luar pantai Sarawak.

KKB juga menerima surat lantikan daripada Lembaga Air Kuching untuk kerja-kerja pengalihan saluran pam sedia ada di Sg Maong Paroh, Kuching, Sarawak.

Menurut syarikat itu, kontrak dengan MMHE bermula pada Februari 2022 dan akan berakhir pada Februari 2023, manakala tempoh pelaksanaan kontrak Lembaga Air Kuching adalah selama dua belas bulan.

Kedua-dua kontrak itu tidak akan membawa kesan kepada modal saham KKB dan dijangka memberi sumbangan positif kepada pendapatan dan aset bersih syarikat dan kumpulan sepanjang tempoh kontrak, kata KKB. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan