Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Anak jati Gedong wakili Malaysia dalam e-sukan di Sukan SEA Hanoi

Anak jati Gedong wakili Malaysia dalam e-sukan di Sukan SEA Hanoi

ByNurul Amarlina

KUCHING, 4 Mac: Remaja berasal dari Kampung Lalang, Gedong, Ibnuqaldoon Mohamad Shukor berjaya menempah slot untuk mewakili pasukan sukan elektronik (e-sukan) Malaysia ke Sukan SEA di Hanoi, Vietnam pada Mei depan.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Dato Sri Nancy Shukri menerusi laman Facebook rasminya berkata, remaja berusia 20 tahun itu akan beraksi dalam acara ‘Free Fire’.

Nancy, yang juga Ahli Parlimen Batang Sadong berkata , Ibnuqaldoon merupakan anak jati Sarawak yang pertama terpilih mewakili Malaysia ke Sukan SEA dalam kategori e-sukan.

“Ini adalah kejayaan besar di kawasan Parlimen Batang Sadong dalam sukan elektronik,” katanya.

Sementara itu memetik laporan Bernama, pengurus pasukan skuad e-sukan negara Kelvin Pang Ching Kuen berkata, Malaysia akan menghantar dua pasukan untuk bertanding dalam ‘Free Fire’.

Selain ‘Free Fire’, skuad e-sukan negara turut menyertai empat lagi acara iaitu ‘PUBG Mobile’, ‘League of Legends’, ‘Mobile Legends’ dan ‘Arena of Valor’.

“Dua pasukan akan bertanding dalam ‘Free Fire’ manakala masing-masing satu pasukan bagi permainan ‘League of Legends’, ‘Mobile Legends’ dan ‘Arena of Valor’,” jelas Kelvin.

Sebelum ini, Malaysia memenangi emas dalam acara Hearthstone pada Sukan SEA Filipina 2019 menerusi pemegang ijazah Doktor Falsafah dalam bidang kejuruteraan elektrik Dr Yew Weng Kean. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan