Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
warga emas maut kemalangan di sibu
warga emas maut kemalangan di sibu

Wanita warga emas maut kereta langgar pokok

SIBU, 2 Mac: Seorang wanita warga emas maut selepas kereta yang dinaiki bersama ahli keluarganya hilang kawalan dan melanggar sebatang pokok di Jalan Ding Lik Kwong, dekat sini, petang tadi.

Mangsa, Jinap Wahet, 92, yang duduk di kerusi hadapan penumpang cedera parah di kepala dan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Sibu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Sibu , Superintendan Dr Collin Babat berkata, kemalangan pada pukul 1.40 petang tadi berlaku ketika kereta Perodua Viva berwarna hitam yang dipandu menantu mangsa berusia 69 tahun dari dalam perjalanan ke Bandar Sibu dari arah Matu.

“Ketika tiba di Jalan Ding Lik Kwong berhampiran Jambatan Igan, kereta itu dipercayai hilang kawalan lalu melanggar sebatang pokok di sebelah kiri jalan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ujar Collin, ketiga-tiga mangsa termasuk pemandu cedera di muka manakala isterinya, 63, mengalami kecederaan di kepala.

“Pihak hospital memaklumkan kepada polis trafik mangsa telah meninggal dunia pada pukul 2.33 petang tadi,” katanya.

Beliau memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) , Akta Pengangkutan Jalan 1987. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan