Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Unit K9 Bomba tidak mengesan sebarang unsur jenayah di lokasi kebakaran di Sibu yang mengorbankan tiga orang malam tadi.
Unit K9 Bomba tidak mengesan sebarang unsur jenayah di lokasi kebakaran di Sibu yang mengorbankan tiga orang malam tadi.

Unit K9 bomba tidak kesan unsur khianat di lokasi kebakaran maut

SIBU, 2 Mac: Unit Anjing Pengesan K9, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) Malaysia, Sarawak tidak menemui unsur yang mencurigakan di tapak kebakaran dua buah rumah di Kampung Bahagia Jaya Teku di sini malam tadi yang mengorbankan tiga mangsa.

Ketua Zon Empat, JBPM Sibu, Penguasa Kanan Bomba 1 Janggan Muling berkata, sekiranya perkara itu berlaku, anjing yang digunakan dalam operasi berkenaan pasti mengesan bukti.

“Sebelum anggota Bomba masuk ke kawasan kejadian, Unit K9 terlebih dahulu ditugaskan di situ.

Bagaimanapun, anjing K9 yang dibawa tidak mengesan sebarang bukti yang berkaitan dengan unsur khianat,” katanya ketika dihubungi TVS di sini hari ini.

Tiga mangsa yang rentung dalam kejadian kira – kira pukul 8 malam tadi disahkan sebagai Abdullah Bus, 64, Rashidah Suut, 81, dan Suriaty Abdullah, 20.

Janggan memberitahu, sekiranya anjing pengesan K9 menghidu bau minyak tanah, haiwan terlatih berkenaan tidak akan keluar dari kawasan kebakaran.

Sementara itu, Nurfazli Abdullah, 27, sepupu kepada Suriaty memberitahu, isterinya sempat berkomunikasi dengan mangsa melalui aplikasi WhatApp sebelum kejadian.

“Isteri saya WhatApp dengan Arwah sekitar pukul 7.19 petang , ketika itu kami dalam perjalanan pulang ke rumah.

Apabila sampai, saya sangat terkejut apabila mendapati rumah sedang terbakar, namun reda dengan ujian yang menimpa keluarga kami,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan