Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Positif COVID-19, calon SPM diberi peluang duduki semula peperiksaan bulan depan

KUCHING, 2 Mac: Calon berdaftar yang tidak dapat hadir menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kerana positif COVID-19 akan diberi peluang mengambil semula peperiksaan itu pada April depan.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sarawak, Dr Norsiah Suhaili berkata, peluang berkenaan akan turut diberikan kepada 72 orang calon kertas Bahasa Melayu (ujian bertutur) yang disahkan positif COVID-19 baru – baru ini.

Sementara itu, beliau memberitahu seramai 36,385 calon SPM di Sarawak dijadualkan mengambil SPM yang bermula hari ini sehingga 29 Mac depan.

“Seramai 209 pegawai penyelia kawasan telah dilantik dengan 3,400 pengawas mengendalikan peperiksaan di seluruh negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas meninjau hari pertama SPM 2021 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St Joseph di sini hari ini.

Katanya, daripada jumlah tersebut, sebanyak 93.83 peratus merupakan calon SMK manakala 2.58 peratus sekolah menengah swasta.

“Sebanyak 0.87 peratus calon pula merupakan mereka di sekolah di bawah agesi selain Kementerian Pendidikan Malaysia, 0.07 peratus calon Sekolah Menengah Agama Rakyat dan 2.65 pertus calon persendirian,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan