Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Pelabuhan antarabangsa Kuala Linggi tolak hasrat kapal dari Rusia untuk berlabuh – MOT

ByBernama

KUALA LUMPUR, 2 Mac: Pengendali Pelabuhan Antarabangsa Kuala Linggi (KLIP) telah menolak hasrat sebuah kapal yang membawa bekalan minyak mentah dari Rusia yang kini dalam pelayaran ke Malaysia untuk berlabuh di pelabuhan itu. 

Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dalam kenyataan semalam memaklumkan tindakan menolak hasrat kapal itu yang dijangka berlabuh pada Sabtu (5 Mac) dibuat supaya tidak melanggar sebarang sekatan antarabangsa sebagaimana yang menjadi prerogatif KLIP.

“Memetik laporan media, kapal yang didaftarkan dengan nama Linda atau dikenali sebagai Lady M ini didakwa turut disenaraikan dalam sekatan antarabangsa.

MOT akan terus memantau situasi dari semasa ke semasa untuk tindakan susulan yang mungkin diambil bersandarkan kepada dasar kerajaan,” menurut kenyataan itu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan