Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
KUALA LUMPUR, 2 Mac (Bernama) -- Khazanah Nasional Bhd terus mencatatkan pertumbuhan serta melindungi asetnya bagi pihak negara, dengan nilai aset bersih (NAV) meningkat kepada RM86 bilion pada 2021 daripada RM79 bilion pada tahun 2020 serta mencatatkan kadar pertumbuhan tahunan terkumpul (CAGR) sebanyak 5.8 peratus sejak 2004.
KUALA LUMPUR, 2 Mac (Bernama) -- Khazanah Nasional Bhd terus mencatatkan pertumbuhan serta melindungi asetnya bagi pihak negara, dengan nilai aset bersih (NAV) meningkat kepada RM86 bilion pada 2021 daripada RM79 bilion pada tahun 2020 serta mencatatkan kadar pertumbuhan tahunan terkumpul (CAGR) sebanyak 5.8 peratus sejak 2004.

Nilai aset bersih Khazanah meningkat kepada RM86 bilion, isytihar dividen RM2 bilion kepada kerajaan

KUALA LUMPUR, 2 Mac: Khazanah Nasional Bhd terus mencatatkan pertumbuhan serta melindungi asetnya bagi pihak negara, dengan nilai aset bersih (NAV) meningkat kepada RM86 bilion pada 2021 daripada RM79 bilion pada tahun 2020 serta mencatatkan kadar pertumbuhan tahunan terkumpul (CAGR) sebanyak 5.8 peratus sejak 2004. 

Dana kekayaan berdaulat itu berkata ia telah melaksanakan pelaburan baharu berjumlah RM8.7 bilion pada 2021, dengan sebahagian besar daripadanya dilaburkan di Malaysia (41.7 peratus atau RM3.6 bilion) serta berjaya memperoleh RM4.8 bilion hasil daripada pengewangan aset dalam portfolionya.

Bagaimanapun, ia menambah keuntungan daripada operasi susut kepada RM670 juta pada 2021 daripada RM2.9 bilion pada 2020, terutamanya disebabkan bantuan kewangan berterusan yang disalurkan kepada syarikat-syarikat dalam sektor penerbangan dan pelancongan miliknya yang berhadapan dengan cabaran akibat pandemik COVID-19.

“Selain itu, penyusutan keuntungan Khazanah juga dipengaruhi oleh perolehan nilai saksama yang lebih rendah serta pendapatan dividen yang berkurangan daripada syarikat-syarikat pelaburannya akibat pendapatan yang lemah pada tahun 2020,” katanya dalam satu kenyataan bersempena taklimat media tahunan yang diadakan hari ini.

Bagi tahun 2021, Khazanah telah mengisytiharkan dividend berjumlah RM2.0 bilion kepada kerajaan.

Dalam pada itu, Khazanah berkata perbelanjaan mengurus (OPEX) berjaya dikurangkan kepada RM420 juta daripada RM490 juta pada 2020 manakala kedudukan hutangnya meningkat sedikit kepada RM48 bilion daripada RM43 bilion pada tahun sebelumnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan