Kredit gambar: Ukraine NOW/Telegram
KYIV, 2 Mac: Lima orang terbunuh dalam serangan udara Rusia di menara TV Kyiv, kata Perkhidmatan Kecemasan Negara Ukraine pada Selasa, lapor Xinhua.
Serangan di Menara TV Kyiv mengakibatkan, “lima orang terbunuh, lima lagi cedera”, menurut perkhidmatan kecemasan di Facebook.
Kementerian Dalam Negeri negara itu berkata saluran TV itu tidak dapat beroperasi berikutan serangan itu. – TVS