Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Lelaki warga emas korban terbaharu COVID-19 di Kapit

ByNurul Amarlina

Kredit gambar: Pusat Ekonomi Digital Sungai Melekun

KUCHING, 2 Mac: Sarawak mencatatkan satu kes kematian baharu di Kapit akibat COVID-19 hari ini.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, korban itu membabitkan seorang lelaki warga emas berusia 79 tahun yang mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi, kencing manis dan penyakit paru – paru obstruktif.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di Hospital Kapit pada 27 Februari 2022,” jelas JPBN.

Sementara itu, Sarawak hari ini terus merekodkan peningkatan jangkitan apabila sejumlah 1,357 kes baharu dilaporkan berbanding 1,248 semalam.

Ini sekaligus menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 mencecah 262,417 kes sejak dilanda pandemik.

Sebanyak 1,351 kes dalam kategori satu dan dua manakala enam kes dalam kategori tiga, empat dan lima.

Kuching masih mencatatkan jumlah kes tertinggi dengan 436 kes, diikuti Miri (270), Sibu (194), dan Bintulu (105) kes. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan