Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Warga emas jual minuman keras, rokok tanpa lesen ditahan

MUKAH, 1 Mac: Sejumlah 36 karton pelbagai jenis minuman keras termasuk 50 karton rokok dengan nilai keseluruhan RM13,485.84 berjaya dirampas oleh pihak polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mukah di sebuah kediaman di Jalan Tiong Hua pada petang Isnin kerana disyaki tidak bercukai.

Kesemua barangan tidak bercukai berkenaan ditemui dalam pemeriksaan di sebuah stor milik wanita berusia 52 tahun yang mengaku barang tersebut adalah miliknya sebelum dijual di sekitar daerah Mukah.

Ketua Polis Daerah Mukah Deputi Superitenden Muhamad Rizal Alias berkata Ops Bersepadu Pencegahan Jenayah yang dijalankan pada jam 2.30 petang Isnin di Jalan Tiong Hua itu telah menjumpai tiga stor berkunci yang mana dua stor di dalamnya ditemui tong gas warna kuning dan tong gas warna hijau milik seorang lelaki.

“Manakala satu stor lagi masih berkunci dan menurut pemilik stor gas berkenaan memaklumkan bahawa stor yang berkunci bersebelahan itu adalah milik ibunya.

“Setelah diarah dan dihubungi untuk hadir ke rumah tersebut, suspek telah membuka bilik stor berkenaan dan mengaku sebagai pemilik kesemua barang tidak bercukai tersebut,” katanya dalam satu kenyataan.

Antara minuman keras yang dirampas ialah Kingway (14 Karton), Tsingtao Pure Draft Beer (7 Karton), Carlsberg Danish Pilsnew (7 Karton), Camel Premium Beer (8 Karton), termasuk rokok (50 Karton) dan dua unit kunci manga bersama seunit anak kunci.

Hasil siasatan awal, mendapati suspek gagal menunjukkan surat kastam dan lesen kebenaran menjual minuman keras.

Kesemua rokok dan minuman keras dirampas dan dibawa balik ke IPD Mukah, siasatan lanjut akan dibuat terhadap suspek mengenai pembabitannya dalam kes ini

Barang yang dirampas akan dirujuk ke Jabatan Kimia dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Kes kini masih dalam siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan