Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Tender dibuka, lampu jalan solar Bau-Batu Kitang bakal siap menjelang Hari Gawai

ByOdleen Catherny

BAU, 1 Mac : Tender projek lampu jalan yang dijana tenaga solar di sepanjang jalan dari Bau-Batu Kitang dibuka pada Rabu.

Menteri Pengangkutan, Dato Sri Lee Kim Shin berkata projek yang melibatkan hampir 285 unit lampu jalan itu dijangka bakal dinikmati penduduk sekitarnya menjelang perayaan Hari Gawai tahun ini.

“Peruntukan untuk projek ini adalah sebanyak RM2 juta.

“Projek ini juga sebagai meningkatkan lagi tahap keselamatan di sepanjang jalan Bau-Batu Kitang,” katanya ketika ditemui pemberita selepas mengadakan taklimat khas mengenai Pelan Induk Pembangunan Tasik Biru Resort Bau di sini, hari ini.

Sementara itu, Timbalan Menteri Pengangkutan II, Dato Henry Harry Jinep yakin pemasangan lampu-lampu berkenaan dapat disiapkan dalam tempoh tiga bulan.

Mengulas lanjut beliau memberitahu, setelah siapnya jalan raya empat lorong di Daerah Bau, lampu-lampu jalan dijana tenaga solar berkenaan akan dipindah dan dipasang ke kawasan-kawasan kampung yang memerlukannya.

“Ini bagi mengelak pembaziran selain meningkatkan lagi tahap keselamatan di kawasan kampung.

“Di masa hadapan, jalan-jalan utama dari Kuching ke Bau yang sudah siap diperluaskan sehingga empat lorong, lampu-lampu jalan yang dijana tenaga elektrik menerusi Sarawak Energy Berhad akan dipasang,” ujarnya lagi.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan