Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
pusat hiburan sibu

Pusat hiburan patuh SOP, hanya seorang pelanggan dikompaun

SIBU, 1 Mac: Rata-rata semua pusat hiburan di bandar ini didapati mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) kecuali seorang pelanggan yang dikompaun kerana tidak mengimbas kod Mysejahtera.

Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Ibu Pejabat Daerah IIPD) Sibu, Deputi Superintendan Aiffin Bahar berkata, pihaknya telah menjalankan operasi pemantauan SOP Bersepadu di lapan buah pusat hiburan termasuk pusat karaoke dan bistro di sini malam tadi.

“Kesemua lapan pusat yang diperiksa mematuhi SOP kecuali seorang pelanggan yang didapati tidak mengimbas kod Mysejahtera dan lelaki berkenaan telah dikompaun RM1,500 oleh pihak Majlis Perbandaran Sibu,” ujarnya.

Ariffin turut memberitahu ramai di kalangan orang awam menjadi leka dan bersikap tidak peduli apabila trend kes covid-19 menunjukkan penurunan di Sibu.

Justeru, pemantauan SOP bersama pihak berkuasa tempatan akan terus dilakukan oleh pihaknya dari semasa ke semasa di kawasan awam bagi memastikan orang ramai mematuhi peraturan yang ditetapkan.

Operasi pemantauan di pusat hiburan melibatkan bistro dan pusat karaoke dijalankan bersama pihak Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (MPHLG).

Seramai 12 orang petugas dari Jabatan Pengurusan Bencana Bahagian Sibu diketuai Siti Adie, termasuk tiga pegawai dari Kementerian Kesihatan dan lima petugas dari MPS.

Kompaun tersebut dikeluarkan pihak MPS di bawah Ordinan Perlindungan Kesihatan Awam (Protection of Public Health Ordinance (PPHO).

Orang Kena Kompaun (OKK) terbabit telah diarah untuk menjelaskan kompaun di Pejabat Kesihatan Daerah Sibu dalam tempoh 14 hari hingga 14 Mac ini.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan