Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Nur Dhabitah mungkin menjadi pasangan Pandelela

KUALA LUMPUR, 1 Mac : Peminat acara sukan terjun akan dapat menyaksikan gandingan dua penerjun terbaik negara sekali lagi, sekiranya Nur Dhabitah Sabri dipilih untuk berpasangan dengan Datuk Pandelela Rinong Pamg di Sukan SEA Hanoi yang dijadual berlangsung 12-23 Mei nanti.

Setiausaha Agung Persatuan Renang Malaysia (MS) Mae Chan berkata Pandelela akan bertanding dalam acara 10 meter (m) platform seirama wanita pada temasya Sukan dwi-tahunan itu, namun pasangannya masih belum dimuktamadkan.

Selain Nur Dhabitah, Mae berkata satu lagi nama yang sedang dipertimbangkan untuk berpasangan dengan Pandelela ialah penerjun muda Kimberly Bong.

“Kita ada tiga nama untuk acara itu,” katanya semasa mengesahkan bahawa MS turut memilih dua penerjun muda untuk acara 10m platform seirama lelaki semasa mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Sukan SEA di Wisma OCM di sini hari ini.

Dua muka baharu yang dipilih oleh MS bagi acara itu ialah Bertrand Rhodict Lises dan Enrique Maccartney.

Nur Dhabitah dan Kimberly sebelum ini dikaitkan sebagai pasagan baharu Pandelela bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan bekas penerjun Leong Mun Yee yang bersara Disember lepas.

Gandingan Pandelela dan Nur Dhabitah dalam acara 10m platform seirama bukanlah sesuatu yang baharu kerana sebelum ini mereka pernah memenangi pingat gangsa pada Sukan Komanwel Glasgow 2014 dan pingat perak pada Siri Terjun Dunia FINA keempat di Windsor, Kanada pada 2017.

Sementara itu Mae berkata setakat ini MS tidak meletakkan sebarang sasaran khusus untuk acara terjun di Hanoi, namun menegaskan kem terjun negara akan memberikan persembahan terbaik mereka.

“Kita akan melakukan yang terbaik untuk memenangi pingat emas untuk negara, itu sahaja yang boleh saya katakan. Juga kita harapkan penerjun kedua akan dapat pingat perak atau gangsa. Setiap acara individu dibenarkan dua penyertaan,” katanya.

Sementara itu bagi acara renang, Mae berkata Kejohanan Terbuka Malaysia yang akan berlangsung dari 3-6 Mac di Bukit Jalil di sini, akan menjadi penilaian terakhir untuk atlet ke Sukan SEA, dengan perenang terpantas akan dipilih.

Beliau berkata keputusan itu dibuat kerana MS mahu menghantar atlet yang benar-benar berada pada prestasi terbaik mereka, daripada memilih berdasarkan rekod atau pencapaian lepas.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan