Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Kerajaan Sarawak cadang bina universiti di Kampung Trombol

KUCHING, 1 Mac : Kerajaan Sarawak berhasrat untuk membangunkan Universiti Kolej Teknologi Lanjutan Sarawak (Universiti i-Cats) di Kampung Trombol, Telaga Air.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, penubuhan universiti berkenan kelak sejajar dengan aspirasi kerajaan negeri untuk mewujudkan ummah yang berkualiti.

Ujar beliau, sekiranya ‘masalah’ biasiswa atau yuran pengajian timbul, pentadbiran Kerajaan Sarawak akan berusaha untuk mencari jalan penyelesaian bagi memastikan tidak menganggu perancangan berkenaan.

” Ketika ini, kita mempunyai pinjaman biasiswa kerajaan negeri di bawah Yayasan Sarawak.

Ini telah memudahkan anak-anak kita masuk ke universiti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Tilawah dan Menghafaz Al Quran Kali Ke-61 Peringkat Negeri Sarawak di Kompleks Islam Sarawak semalam.

Sementara itu, ketika ditemui pemberita selepas itu, Abang Johari menjelaskan universiti berkenaan akan memberi fokus terhadap bidang teknologi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan