Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

COVID-19: Sarawak catat 1,248 kes harian baharu

KUCHING, 1 Mac : Sarawak mencatatkan 1,248 kes baharu COVID-19 pada Selasa.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, daripada 1,248 kes yang direkodkan, sebanyak 1,230 kes merupakan dalam kategori satu dan dua, manakala 18 kes dalam kategori tiga, empat dan lima.

Daerah Kuching mencatatkan 430 kes diikuti Miri (238), Sibu (180) dan Bintulu 82 kes.

Manakala lima daerah iaitu Selangau, Marudi, Tanjung Manis, Beluru dan Kabong tidak merekodkan sebarang kes jangkitan baharu COVID-19.

Kluster yang aktif juga masih kekal tiga kluster dan tiada kematian baharu COVID-19 direkodkan hari ini.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan