Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah menghadiri sidang media selepas Konsert Sape yang berlangsung sempena sambutan Citrawarna Keluarga Malaysia 2022 pada Ahad. Foto: Salasiah Safian (TVS)
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah menghadiri sidang media selepas Konsert Sape yang berlangsung sempena sambutan Citrawarna Keluarga Malaysia 2022 pada Ahad. Foto: Salasiah Safian (TVS)

Sarawak sasar 1.2 juta pengunjung tahun ini – Abdul Karim

BySalasiah Safian

KUCHING, 28 Feb: Sarawak mencatatkan kehadiran pelancong yang memberangsangkan bagi tempoh dua bulan pertama tahun ini.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah memaklumkan, peningkatan itu dipacu usaha berterusan Kerajaan Negeri mempromosikan sektor berkenaan.

Jelas Abdul Karim, jumlah tersebut meningkat melebihi 400 peratus dan menghampiri 500 peratus jika dibandingkan untuk tempoh yang sama pada tahun lepas.

“Dari segi jumlahnya saya kurang pasti tapi kita anggarkan untuk tahun ini mengikut kadar yang hadir kita anggar kita akan dapat mencapai 1.2 juta pengunjung masuk ke negeri Sarawak, untuk tahun ini.

“Tapi sebelum COVID-19, memang jumlah pengunjung yang masuk ke negeri Sarawak adalah lebih kurang 4.5 juta untuk tempoh satu tahun,” katanya dalam sidang media selepas Konsert Sape yang berlangsung sempena sambutan Citrawarna Keluarga Malaysia 2022 pada Ahad.

Tambahnya, jumlah pendapatan pelancongan Sarawak dijangka akan mencecah lebih kurang RM2 bilion.

Dalam pada itu Abdul Karim juga menjangkakan beberapa festival lain mungkin akan turut diadakan tahun ini selepas melihat kejayaan sambutan Citrawarna.

“Insha’Allah, Regatta dan juga festival lain yang selalunya kita adakan seperti Rainforest World Music Festival (RWMF), Jazz Festival, Spartan Race International Marathon dan lain-lain.

“Kalau ia tidak dapat diadakan dalam skala yang besar, kita akan mengadakannya dalam skala yang kecil,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan