Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Polis kesan penunggang motosikal berkuasa tinggi menunggang secara berbahaya

ByBernama

BALIK PULAU, 28 Feb: Polis telah mengenal pasti sekumpulan individu yang menunggang motosikal berkuasa tinggi secara berbahaya di Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, dekat sini yang aksi mereka dirakam dan ditularkan di media sosial, semalam.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Supt. Kamarul Rizal Jenal berkata berdasarkan rakaman video itu pihaknya telah mengenal pasti nombor pendaftaran motosikal yang merakam dan terlibat di dalam aksi berbahaya tersebut.

“Ekoran kejadian itu, pihak kami menerima satu laporan polis dan sekarang ini kita sedang mengesan penunggang-penunggang motosikal tersebut bagi membantu siasatan. Kes itu disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau turut meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu agar menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Hamizah Ahmad Rosli di talian 013-2064 682 bagi membantu siasatan.

Terdahulu satu rakaman video berdurasi kira-kira 45 saat tular di media sosial memaparkan penunggang dua motosikal berwarna merah dan biru melakukan aksi ‘wheelie’ pada kelajuan tinggi iaitu lebih 280 kilometer sejam (km/j). – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan