Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Bangkai seekor buaya ditemukan terapung berhampiran Jambatan Satok, di sini hari ini. Foto: SFC

SFC lakukan bedah siasat terhadap bangkai buaya ‘gergasi’ berhampiran Satok

KUCHING, 27 Feb: Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) akan melakukan bedah siasat terhadap bangkai ‘buaya gergasi’ yang ditemui terapung berhampiran Jambatan Satok, tengah hari tadi.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Zolkipli Mohamad Aton berkata, prosedur berkenaan dijangka akan merungkai punca sebenar kematian haiwan berkenaan yang dilindungi di bawah Ordinan Perlindungan Hidupan Liar 1988.

“Setelah mendapat keputusan bedah siasat, SFC akan berkongsi perkembangan dengan orang ramai.

Ketika ini SFC tidak mengesyaki sebarang unsur meragukan berikutan penemuan bangkai buaya yang mencecah berat 300 kilogram oleh orang awam,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Penemuan bangkai buaya sepanjang hampir 15 kaki itu turut tular menerusi media sosial. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan