Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Agroros Bank salah satu bank milik Rusia.
Agroros Bank salah satu bank milik Rusia.

Sekatan ekonomi: AS dan Eropah ‘singkirkan’ bank Rusia dari sistem kewangan antarabangsa 

WASHINGTON, 27 Feb: Amerika Syarikat (AS), disertai negara Eropah dan Kanada, akan mengeluarkan beberapa bank Rusia daripada SWIFT, sistem pembayaran yang digunakan untuk kebanyakan transaksi kewangan antarabangsa menerusi kenyataan semalam.

Ini adalah langkah besar untuk meningkatkan sekatan ekonomi Barat terhadap Moscow kerana operasi ketenteraannya di Ukraine, lapor Xinhua.

Rumah Putih dalam satu kenyataan bersama memaklumkan AS bersama Suruhanjaya Eropah, Perancis, Jerman, Itali, Britain dan Kanada menyokong penyingkiran “bank Rusia terpilih” daripada SWIFT dalam beberapa hari akan datang bertujuan mengeluarkan Rusia daripada sistem kewangan antarabangsa dan ekonomi kita.”

“Tindakan itu menyebabkan bank-bank ini terputus hubungan daripada sistem kewangan antarabangsa dan menjejaskan keupayaan mereka untuk beroperasi secara global,” menurut kenyataan itu.

Di samping itu, langkah ketat akan dikenakan untuk “menghalang Bank Pusat Rusia daripada menggunakan rizab antarabangsanya.”

Langkah lain yang turut akan dikenakan ialah mengehadkan penjualan “pasport emas” bagi menghalang “individu kaya Rusia yang mempunyai hubungan dengan kerajaan Rusia” menjadi warga negara-negara yang disebutkan di atas dan bagi memastikan individu itu tidak boleh “mendapat akses kepada sistem kewangan kami.”

Pemimpin negara-negara itu juga berikrar untuk melancarkan pasukan petugas bersama dalam minggu ini untuk menguatkuasakan pelaksanaan sekatan kewangan.

Kenyataan bersama itu turut menyeru kerajaan lain untuk “mengesan dan menggendalakan” aliran keuntungan golongan elit dan menafikan keupayaan mereka untuk menyembunyikan aset, di bawah bidang kuasa di seluruh dunia. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan