Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Lawatan rasmi PM buka lembaran baharu perkukuh hubungan Malaysia - Thailand

Lawatan rasmi PM buka lembaran baharu perkukuh hubungan Malaysia – Thailand

ByBernama

BANGKOK, 27 Feb:  Lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang pertama ke Thailand membuka lembaran baharu kepada hubungan dua hala dan menjalin kerjasama strategik yang lebih kukuh antara Putrajaya dengan Bangkok.

Lawatan julung kalinya ke Thailand selepas dilantik sebagai Perdana Menteri Kesembilan pada Ogos tahun lepas itu dilihat bakal membawa manfaat kepada rakyat kedua-dua negara.

Sebagai dua negara jiran yang dekat, Ismail Sabri berkata kerajaan Malaysia dan kerajaan Thailand sentiasa memastikan hubungan kerjasama yang erat dan utuh ini dapat dikekalkan bagi kepentingan bersama kedua-dua negara. 

“Lawatan rasmi pertama saya ke Thailand ini membuktikan komitmen kedua-dua negara dalam mengukuhkan hubungan dua hala serta meningkatkan kerjasama dalam pelbagai bidang terutamanya dalam fasa pemulihan COVID-19. 

“Perbincangan saya dan Perdana Menteri Prayuth Chan-o-cha turut menyentuh kerjasama Malaysia dan Thailand dalam pelbagai bidang seperti perdagangan dan pelaburan, pertanian, pendidikan dan buruh, selain terus ingin meneroka bidang kerjasama baharu,” katanya pada sidang media bersama wartawan Malaysia di sini pada Sabtu, hari akhir lawatan rasmi tiga harinya ke Thailand.

Perdana Menteri percaya perkara-perkara yang dibincangkan pada pertemuan dengan rakan sejawatannya itu akan membawa manfaat kepada rakyat kedua-dua negara, seterusnya menyumbang ke arah pemantapan hubungan dua hala dan kerjasama antara Malaysia dengan Thailand.

Malaysia dan Thailand telah menjalin hubungan diplomatik selama 65 tahun sejak Malaysia mencapai kemerdekaan pada 1957. 

Ismail Sabri tiba di Bangkok, Thailand pada Khamis lepas atas jemputan Prayuth.

Lawatan itu adalah sebahagian lawatan pengenalan ke negara Asia Tenggara sejak beliau dilantik sebagai Perdana Menteri pada Ogos 2021.

Perdana Menteri berkata Malaysia dan Thailand juga mahu nilai perdagangan antara kedua-dua negara meningkat kepada AS$30 bilion menjelang 2025.

Perdana Menteri percaya perkara-perkara yang dibincangkan pada pertemuan dengan rakan sejawatannya itu akan membawa manfaat kepada rakyat kedua-dua negara, seterusnya menyumbang ke arah pemantapan hubungan dua hala dan kerjasama antara Malaysia dengan Thailand.

Malaysia dan Thailand telah menjalin hubungan diplomatik selama 65 tahun sejak Malaysia mencapai kemerdekaan pada 1957. 

Ismail Sabri tiba di Bangkok, Thailand pada Khamis lepas atas jemputan Prayuth.

Lawatan itu adalah sebahagian lawatan pengenalan ke negara Asia Tenggara sejak beliau dilantik sebagai Perdana Menteri pada Ogos 2021.

Perdana Menteri berkata Malaysia dan Thailand juga mahu nilai perdagangan antara kedua-dua negara meningkat kepada AS$30 bilion menjelang 2025. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan