Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebuah kedai kopi terkenal yang terletak di selatan tanah air di sini, meniti di bibir peminat kopi sebagai menyajikan kopi terbaik di bandar dan negeri ini.
KLUANG, 27 Feb -- Antara menu yang terdapat di kedai Kluang Rail Coffee ialah roti bakar, kopi, telur separuh masak, teh dan nasi lemak ketika tinjauan Bernama hari ini.? Kluang Rail Coffee atau dikenali Kedai Kopi Keretapi yang terletak bersebelahan landasan kereta api itu tetap ?mengekalkan suasana sama seperti awal dahulu yang telah wujud di sini sejak 84 tahun yang lalu.? --fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA

Kluang Rail Coffee; Secangkir kopi, seabad kenangan 

KLUANG, 27 Feb: Sebuah kedai kopi terkenal yang terletak di selatan tanah air di sini, meniti di bibir peminat kopi sebagai menyajikan kopi terbaik di bandar dan negeri ini.

‘Kluang Rail Coffee’ atau turut dikenali sebagai kopi stesen kereta api itu menarik minat penggemar kopi bukan sahaja di Johor malah dari seluruh negara, dengan rasa dan aromanya yang mengasyikkan.

Pengusahanya Lim Jit Chew berkata kopitiam itu, yang masih mengekalkan tarikan masa lampau stesen kereta api di Kluang, bermula sebagai kantin untuk tentera British serta kakitangan kerajaan dari KTM Bhd, Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Pos Malaysia.

Katanya, kedai kopi itu, yang kini telah menjadi jenama tempatan terkenal, mula diusahakan datuknya Lim Huan Hee pada 1938.

Lim, yang dikenali sebagai Uncle Jack, berkata sebagai generasi ketiga beliau mengambil alih perniagaan itu pada 1980 dan melihat potensi untuk membawa kedai kopi itu ke tahap lebih tinggi.

Menurutnya Kluang Rail Coffee mempunyai banyak ciri menarik antaranya semangat pelanggan berbilang kaum di bawah konsep kopitiam.

“Pada ketika itu, kantin tersebut sangat kecil. Askar dan kakitangan kerajaan datang ke sini untuk sarapan pagi, makan tengah hari dan minum petang. Apabila mereka datang bersama, kedai ini menjadi tempat berkumpul.

Pengunjung sedang menjamu selera ketika tinjauan Bernama di Kluang Rail Coffee hari ini.Kluang Rail Coffee atau dikenali Kedai Kopi Keretapi yang terletak bersebelahan landasan kereta api itu tetap ?mengekalkan suasana sama seperti awal dahulu yang telah wujud di sini sejak 84 tahun yang lalu.Antara menu yang terdapat di kedai ini ialah roti bakar, kopi, telur separuh masak, teh, nasi lemak. BERNAMA

“Orang ramai sentiasa menyukai kopi, roti dan nasi lemak kami. Kemudian, perlahan-lahan kami membina nama sendiri,” katanya kepada Bernama dalam satu temu ramah eksklusif di sini.

Lim berkata prinsipnya adalah menyajikan yang terbaik serta tidak langsung berkompromi tentang kualiti bahan-bahan kerana kos.  

Katanya, rahsia kejayaan kedai itu adalah pada suasana kopitiam dan menu asli yang dikekalkan, selain menawarkan kopi dan hidangan terbaik pada harga berpatutan.

Beliau berkata pelanggan berasa nostalgik apabila menjejakkan kaki ke kopitiam itu kerana ia mengembalikan banyak memori buat mereka.

“Saya telah melalui empat generasi. Saya menyedari semua orang mempunyai sentimen untuk tempat ini. Ia adalah lebih daripada kopi yang kami sajikan; ia adalah tentang kehidupan dan kenangan. Oleh sebab itu kami perlu memelihara dan mengekalkan suasana ini,” katanya dalam nada sebak.

Kopi, nasi lemak, laksa Johor, roti sambal, roti bakar, roti keping dan cucur ikan bilis adalah antara menu popular di Kluang Rail Coffee dengan harga antara RM1.30 hingga RM5.90.

Uncle Jack berkata perniagaannya agak perlahan ketika kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan pada 2020 untuk mengekang penularan COVID-19.

Bagaimanapun, pengenalan Program Subsidi Upah dan moratorium pinjaman membantunya mengekalkan pekerja dan membolehkan perniagaan itu terus berjalan.

Kluang Rail Coffee mempunyai empat cawangan di Kluang, satu di Kota Damansara, Selangor dan satu di Sendayan, Negeri Sembilan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan