Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

COVID-19: Kuching kekal catat kes harian tertinggi

ByElani Rosllan

KUCHING, 27 Feb: Perkembangan jangkitan COVID-19 di Sarawak hari ini menyaksikan sebanyak 475 kes positif baharu direkodkan.

Ini menjadikan jumlah kes kumulatif setakat ini mencecah 259,370 kes.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, daripada 475 kes yang dikesan, sebanyak 472 pesakit menunjukkan gejala ringan atau tidak bergejala iaitu dalam kategori satu dan dua.

“Sebanyak tiga kes pula masing-masing berada dalam kategori tiga, empat dan lima yang menyaksikan pesakit memerlukan bantuan oksigen dan ventilator,” jelas JPBN.

Sementara itu, Kuching kekal merekodkan kes tertinggi dengan 181 kes, diikuti Miri , 105 kes, Sibu 86 kes dan Bintulu 20 kes.

Kenyataan media itu juga menjelaskan tiada kluster dan kematian baharu dilaporkan bagi tempoh 24 jam lepas. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan