Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
KUCHING, 9 Mac : Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak telah mengesan kemunculan Kluster Citrawarna di Kuching hari ini.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak telah mengesan kemunculan Kluster Citrawarna di Kuching hari ini. Foto: Faitullah Morni (TVS)

Bandar raya Kuching gemerlapan dengan Citrawarna Keluarga Malaysia 2022

Gambar oleh Faitullah Morni

KUCHING, 26 Feb: Setelah hampir dua tahun sunyi, ibu negeri Sarawak malam ini bergemerlapan meraikan festival mega Citrawarna Keluarga Malaysia 2022 yang berlangsung di Tebingan Kuching.

Mengikut sejarah, festival ini telah diadakan setiap tahun sejak 1999 dan disenaraikan sebagai salah satu acara berskala besar di dalam kalendar pelancongan negara.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, kepelbagaian budaya, bahasa dan bangsa di Sarawak menjadi manifestasi kepada konsep Citrawarna.

“Sarawak Bumi Kenyalang ini hampir sama besar dengan Semenanjung dan terdiri daripada 12 bahagian pentadbiran.

Bahagian Kapit contohnya, hampir sama besar dengan Negeri Pahang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hadir pada Majlis Perasmian Citrawarna Keluarga Malaysia 2022 di Kuching, Sarawak di sini malam tadi.

“Dengan kawasan yang luas, sudah pasti Sarawak diwarnai pelbagai keunikan masyarakat dan alam sekelilingnya,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Program Citrawarna Keluarga Malaysia 2022 malam ini.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyifatkan kepelbagaian budaya, bahasa dan bangsa di Sarawak menjadi manifestasi kepada konsep Citrawarna.

Turut hadir, Yang di-Pertua Negeri, Tuan Yang Terutama, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud , Toh Puan Datuk Patinggi Raghad Kurdi Taib, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Dato Sri Nancy Shukri serta barisan pentadbiran Kerajaan Sarawak.

Pelbagai persembahan kebudayaan, tarian dan lagu – lagu bertemakan Sarawak dan Malaysia dipertontonkan pada Majlis Perasmian Citrarwarna Keluarga Malaysia 2022.

Sementara itu, Perdana Menteri berkata, pemilihan Sarawak sebagai lokasi Citrawarna Keluarga Malaysia yang bertemakan Temasya Kepelbagaian Budaya amat bertepatan dengan ciri unik yang dimiliki Sarawak.

“Pemilihan Kuching sebagai lokasi sambutan Citrawarna juga amat bersesuaian memandangkan Bandar Raya Kuching telah mendapat pelbagai pengiktirafan penting di peringkat antarabangsa,” katanya. – TVS

Turut hadir, Yang di-Pertua Negeri, Tuan Yang Terutama, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan Toh Puan Datuk Patinggi Raghad Kurdi Taib.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan