Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tentera Ukraine mendakwa mereka berjaya menembak jatuh pesawat tempur SU-25 milik Rusia. Foto: Reuters

Ukraine dakwa tembak jatuh pesawat tempur Rusia, pertempuran berterusan

ByFirdaus Ismail

KYIV, 26  Feb :  Ukraine mendakwa pasukan keselamatannya berjaya menembak jatuh pesawat tempur Rusia, SU -25 berhampiran Kalynivka di Wilayah Vinnytsia.

Ketua Pemerintah wilayah pentadbiran berkenaan, Serhiy Borzov menerusi media sosial berkata, tembakan itu dilakukan oleh pasukan Tentera Udara Ukraine yang dikerah mengawal kawasan itu daripada pencerobohan tentera Rusia.

Sementara itu, menerusi hantaran di Facebook, Angkatan Tentera Ukraine mendakwa sistem pertahanan udara mereka turut berjaya menembak jatuh pesawat IL-76 yang membawa pasukan payung terjun Tentera Udara Rusia berhampiran Wilayah Vasylkiv.

Perkembangan di ibu kota pula menurut laporan BBC, beberapa jam lepas berlaku pertempuran sengit membabitkan tentera Rusia yang cuba memasuki Kyiv.

Difahamkan, pasukan tentera Ukraine kini sedang memberi tentangan sengit bagi memastikan ibu negara mereka tidak jatuh ke tangan tentera Rusia.

Pihak berkuasa Ukraine turut mengeluarkan arahan kepada penduduk supaya tidak keluar dari kediaman masing – masing ketika ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan