Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
saingan empat penjuru
Calon-calon bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.53 Benut (dari,kiri) Datuk Hasni Mohammad (barisan Nasional), Haniff @ Ghazali Hosman (Parti Keadilan Rakyat), Senator Datuk Isa Ab Hamid (Perikatan Nasional) dan Iskandar Noor Ibrahim (Pejuang) bergambar selepas mengemukakan kertas penamaan calon sempena Pilihan Raya Negeri Johor ke-15 di Pusat Penamaan Calon, Dewan Serbaguna Benut hari ini. Foto: Bernama

PRN Johor : Menteri Besar hadapi saingan empat penjuru di DUN Benut

ByBernama

PONTIAN, 26 Feb : Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad berhadapan pertandingan empat penjuru di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Benut pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, 12 Mac ini.

Bertanding buat kali keempat di DUN Benut, Hasni yang mewakili Barisan Nasional (BN) ditentang calon Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Iskandar Noor Ibrahim, calon Perikatan Nasional (PN) Senator Datuk Isa Ab. Hamid dan calon Pakatan Harapan (PH) Haniff @ Ghazali Hosman.

Pengumuman calon yang layak bertanding itu dilakukan Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Benut Mohd Rafi Abdullah pada 10.42 pagi di Dewan Serbaguna Benut di sini hari ini.

Hasni bertanding di kerusi DUN Benut sejak 2008 dan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), beliau mempertahankan kerusi DUN itu dengan majoriti 4,447 undi.

Sebelum itu, Hasni merupakan Ahli Parlimen Pontian setelah menang pada PRU11, yang diadakan pada Mac 2004. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan