Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Penyeludup lari tinggalkan van bawa muatan arak dan rokok seludup

MIRI, 26 Feb : Menyedari van dipandunya sedang diekori oleh anggota keselamatan, seorang penyeludup bertindak memberhentikan kenderaan itu di belakang deretan kedai dan melarikan diri.

Komander Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Lima Sarawak, Asisten Komisioner Zulfikar Mohd. Ghazali berkata, pemeriksaan lanjut terhadap van jenis Toyota berwarna putih itu menemukan pelbagai jenis rokok dan minum keras yang dipercayai diseludup.

” Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan mencecah RM100 361. 20 dalam operasi kira – kira pukul 9.30 pagi semalam di Riam,” katanya menerusi kenyataan media.

Katanya barangan yang dirampas dalam Op Kontraban itu terdiri daripada 240 botol minuman keras dan 99,160 batang rokok putih dan kretek yang dibawa masuk ke dalam negara tanpa cukai.

” Kesemua barang rampasan dibawa ke Kem Markas Taktikal Marin Miri untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Akta Kastam 1967,” katanya. -TVS

Tags: #bm, Miri, rokok

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan