Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pelakon Hollywood Sean Penn rakam dokumentari di Ukraine. Foto: Reuters.

Pelakon Hollywood Sean Penn rakam dokumentari di Ukraine

ByNurul Amarlina

KUCHING, 26 Feb : Pengarah filem dan pelakon terkenal Hollywood, Sean Penn kini berada di Ukraine untuk menjalani rakaman sebuah dokumentari operasi ketenteraan Rusia di negara itu, lapor RT.

Penn yang tiba di Kiev pada Khamis lepas berikrar untuk ‘memberitahu’ seluruh dunia tentang kejadian sebenar pencerobohan Rusia terhadap jirannya.

Ketibaan pelakon berusia 61 tahun itu diumumkan oleh Pejabat Presiden Ukraine.

Penn turut dilihat menghadiri majlis taklimat media di pejabat presiden dan turut dipaparkan dalam Instagram Story akaun Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky.

Pengarah filem dan pelakon Hollywood Sean Penn kelihatan menemui Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky dalam Instagram Story presiden negara itu. Kredit: RT

“Pengarah itu diterbangkan khas ke Kyiv untuk merakam semua peristiwa yang sedang berlaku di Ukraine.

“Sean Penn adalah antara mereka yang menyokong Ukraine pada hari ini. Negara kami berterima kasih kepadanya kerana menunjukkan keberanian dan kejujuran,” menurut kenyataan Pejabat Presiden Ukraine.

Penn dilihat menghadiri sebuah taklimat media di pejabat presiden di ibu negara Ukraine pada Khamis. Kredit: Reuters

Dokumentari tersebut merupakan projek bersama VICE World News dan Endeavour Content.

Aktor berkenaan sebelum ini pernah melawat Ukraine pada November 2021 untuk merakam dokumentari lain tentang Donbass dan pencerobohan Rusia.

Beliau juga telah terlibat dalam pelbagai misi kemanusiaan dan menerbitkan sebuah dokumentari bertajuk Citizen Penn pada 2020 yang mamaparkan usahanya untuk menubuhkan sebuah pertubuhan untuk membantu mangsa gempa bumi Haiti pada 2010. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment


Berita Berkaitan