Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Lori kargo 5 tan disita, seorang lelaki tempatan ditahan di Bintangor
Lori kargo 5 tan disita, seorang lelaki tempatan ditahan di Bintangor

Lori kargo bawa diesel bernilai RM69,300 tanpa dokumen disita

BINTANGOR, 26 Feb : Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Lima, Sibu menyita sebuah lori kargo yang membawa muatan 2,000 liter minyak diesel tanpa dokumen sah malam kelmarin.

Komander PPM Wilayah 5, Asisten Komisioner Zulfikar Mohd. Ghazali berkata, tindakan itu dilakukan menerusi Op Kontraban yang dilancarkan pada pukul 7.30 malam di Jalan Sibu – Bintangor, Paradom.

Zulkifar berkata, ketika pemeriksaan, pemandu lori rakyat tempatan berusia 37 tahun itu gagal menunjukkan sebarang dokumen kebenaran daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDHEP) untuk membawa minyak diesel berkenaan.

” Kita percaya minyak diesel ini untuk kegunaan di kawasan ladang dan tempat pembalakan,” katanya kepada TVS di sini hari ini.

Menurut Zulfikar, nilai rampasan diesel berkenaan dianggarkan mencecah RM69 300 dan kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan