Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Citrawarna: Tiada kompromi soal SOP – Nancy

KUCHING, 26 Feb : Tiada kompromi mengenai prosedur operasi standard (SOP) berkaitan COVID-19 yang ditetapkan sepanjang acara Citrawarna Keluarga Malaysia 2022.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri berkata SOP itu dikuatkuasakan bagi menjaga keselamatan pengunjung serta pempamer yang terlibat dengan acara itu.

“Dalam kita berhibur dan melakukan aktiviti rancak pada waktu sama, kita juga perlu mengimbangi dan mengambil kira faktor keselamatan.

“SOP kita memang menyeluruh malah kita ada menyediakan ujian RTK sebelum pengunjung masuk,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mengadakan tinjauan gerai yang terlibat dalam Citrawarna Keluarga Malaysia 2022 di Tebingan Kuching di sini semalam.

Karnival empat hari bermula semalam dengan bertemakan ‘Temasya Kepelbagaian Budaya’ itu, diadakan kembali dan Kuching menjadi lokasi pertama dipilih selepas hampir empat tahun tidak diadakan.

Karnival itu menyediakan pesta yang penuh warna-warni dengan pelbagai program dan aktiviti pelancongan, selain persembahan seni dan budaya Malaysia.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan