JOHOR BAHRU, 26 Feb : Calon Pakatan Harapan (PH) Marina Ibrahim ditentang dua calon lain dalam usahanya untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Skudai, yang merupakan kubu kuat PH pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali Ini.
Calon berusia 35 tahun itu akan berhadapan dengan Pengerusi MCA Iskandar Puteri Lim Soon Hai dan Calon Perikatan Nasional (PN) Khoo Kong Ek.
Pengumuman rasmi calon-calon kerusi DUN itu telah dilakukan Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Skudai Muzaldin Mohamed di Pusat Penamaan Calon Dewan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri.
Lim mengemukakan borang pencalonannya pada 9.02 pagi, diikuti oleh Khoo pada 9.05 pagi dan Marina pada 9.23 pagi.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-14, kerusi DUN Skudai dimenangi oleh Tan Hong Pin (PKR) dalam perlawanan satu lawan satu berdepan S.Kanan (BN) dengan majoriti sebanyak 35,126. – TVS