Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Konsert "Min'yo": Alena Murang bakal adakan persembahan bersama pemuzik Jepun

Konsert “Min’yo”: Alena Murang bakal adakan persembahan bersama pemuzik Jepun

KUALA LUMPUR, 25 Feb : Sempena ulang tahun ke-40 Dasar Pandang Ke Timur Kerajaan Malaysia tahun ini, satu konsert lagu rakyat Jepun “Min’yo” akan dianjurkan pada 4 hingga 5 Mac di Kuala Lumpur Performing Arts Centre (KLPac).

Dianjurkan The Japan Foundation Kuala Lumpur (JFKL), konsert itu bakal menampilkan lima pemuzik Jepun, serta pemain sape terkenal Sarawak, Alena Murang, sebagai pemuzik jemputan, menurut kenyataan JFKL.

Peminat muzik berpeluang menyaksikan secara langsung kelainan gaya persembahan Min’yo yang biasanya menampilkan persembahan secara tradisional.

Min’yo atau lagu-lagu rakyat, yang secara tradisinya dinyanyikan dalam kalangan penduduk bandar dan teknik nyanyian dikenali “Kobushi”,

“Kebiasaanya persembahan Min’yo terdiri vokal, Shakuhachi (seruling buluh), Shamisen dan Shimedaiko (dram kecil). Tetapi kali ini penonton berpeluang menyaksikan persembahan Wadaiko (dram besar) dan genderang,” menurut kenyataan itu. 

Konsert ini disokong Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan dan Japan Airlines dengan kerjasama Kedutaan Jepun di Malaysia dan The Actors Studio Seni Teater Rakyat.

Antara pemuzik Jepun yang bakal membuat penampilan termasuk Tanaka Shiho, Kato Erina, Tsukuda Koshi, Kato Takuya, Kumagai Daisuke dan Hiranuma Jin’ichi.

Maklumat lanjut boleh didapati di www.jfkl.org.my/events/minyomusicconcert/. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan