Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Gempa bumi sumatera. Foto: freeworldmaps.net

Gempa bumi di Sumatera, Kuala Lumpur dan Selangor turut rasai gegaran

ByFirdaus Ismail

Foto dari freeworldmaps.net

KUCHING, 25 Feb : Gempa bumi berukuran 6.1 skala ritcher yang menggegarkan Pekan Baru, Indonesia hari ini turut dirasakan penduduk di Kuala Lumpur dan Selangor.

Selain beberapa kawasan di Kampung Pandan dan Jalan Tun Razak, penduduk di Cyberjaya, Selangor turut mendakwa merasai gegaran sekitar pukul 9.40 pagi tadi.

Menerusi beberapa video yang dikongsi di media sosial, ratusan kaki tangan pejabat di sekitar Jalan Imbi dan Jalan Tun Razak dilihat meninggalkan pejabat masing – masing sebagai langkah keselamatan.

Sementara itu, pihak berkuasa Indonesia memaklumkan gempa bumi itu tidak berpotensi menyebabkan tsunami.

Dalam perkembangan berkaitan, Bernama melaporkan, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), mengesahkan gempa itu dikesan pada kedalaman 10 kilometer (km) berlaku pada jarak 87 km barat laut dari Payakumbuh, Indonesia dan 324 km barat daya dari Port Dickson, Negeri Sembilan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan