Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
According to Reuters, the total figures included the Ukrainian armed forces personnel and civilians who were in the midst of fighting and bombings. Photo: Reuters
Malaysia seru penyelesaian damai Ukraine dan Rusia. Foto: Reuters

Malaysia harap penyelesaian damai dicapai antara Ukraine dan Rusia

ByBernama

KUALA LUMPUR, 24 Feb : Malaysia berharap agar satu jalan penyelesaian damai yang terbaik di antara Ukraine dan Rusia dapat segera dicapai, seterusnya berjaya menyelesaikan konflik itu.

Perkara itu dinyatakan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melalui hantaran terbaharu di akaun Twitter rasminya, hari ini.

Beliau turut meluahkan rasa dukacita atas perkembangan di Ukraine dan memaklumkan keutamaan kerajaan ketika ini adalah memastikan rakyat Malaysia di negara itu berada dalam keadaan selamat.

Terdahulu, dalam sidang media pada akhir lawatan rasmi dua harinya ke Kemboja pada Khamis, Ismail Sabri berkata Malaysia sedang dalam proses memindahkan 11 rakyatnya dari Ukraine.

Menurut laporan media antarabangsa, Presiden Rusia Vladimir Putin pada Khamis mengumumkan operasi ketenteraan khas di wilayah Donbas, timur Ukraine.

Susulan itu, Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy mengisytiharkan darurat di seluruh negara.

Ukraine turut mengumumkan penutupan ruang udaranya untuk kegunaan awam, disebabkan ‘risiko tinggi’ terhadap penerbangan awam. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan