Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Lelaki ditahan bersama senapang dan 18 peluru hidup di Merapok

LAWAS, 24 Feb : Serbuan polis di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Masjid Baru, Merapok di sini berjaya menahan seorang lelaki bersama selaras senapang patah buatan sendiri dan senapang angin.

Ketua Polis Daerah Lawas, Deputi Superintendan Sila Kadong berkata, pihaknya turut merampas 18 butir peluru hidup ketika melakukan pemeriksaan itu menerusi Op Tapis.

Katanya, ketika operasi pada pukul 12.10 tengah malam itu, suspek yang berusia dalam lingkungan 30-an cuba melarikan diri namun berjaya diberkas.

“Polis seterusnya melakukan pemeriksaan pada badan suspek dan menjumpai plastik yang mengandungi tiga keratan straw berwarna kuning masing – masing berisi ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu dengan anggaran berat 1.7 gram,” katanya di sini hari ini.

Katanya, pemeriksaan lanjut menemukan dua senjata berkenaan serta peluru pelbagai jenama yang disimpan di belakang sebuah bilik.

” Berdasarkan semakan, suspek mempunyai rekod kesalahan lampau di bawah Seksyen 39 A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) akta sama,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan